Assalamualaikum

mengharap hidayah dan petunjuk untuk melayari perjalanan hidup
ini.....


Monday, January 18, 2010

masa itu emas

assalamualaikum...

bisnes ..bisnes..bisnes...semalam seperti biasa saya akan tidur sekitar jam 1 pagi bangun pula jam 4.30 pagi..nak buat mcm mana inilah pengorbanan masa yg harus di lalui sebagai seorang peniaga.

hari ini apabila membaca media suratkhabar serta media elektronik saya merenung kembali tentang berita2 bencana alam yg melanda dunia sekarang..gempa bumi di haiiti...banjir di mesir..banjiir di sabah sendiri...kekacauan politik di sana sini....ya ! saya selalu lupa dengan peringatan Allah tentang tanda2 hayat dunia ini...kesibukan yg melanda diri di tambah pelbagai masalah setiap hari selalu mengalpakan saya kepada AKHIRAT KEKAL ABADI..

MASA ITU EMAS...masa itu lebih berharga drp wang ringgit yg datang mencurah..mohon keampunan padaMU ya ALLAH ..KAU beri aku nikmat..tapi aku jarang bersyukur dengan apa yg KAU beri...beri aku HIDAYAH DAN PETUNJUKMU SELALU..AGAR AKU TIDAK ALPA LAGI..

Tuesday, January 12, 2010

16 sebab kegagalan dalam perniagaan

Tiada siapa di dunia ini inginkan kegagalan dalam perniagaan, namun kegagalan perniagaan tetap terjadi. Ianya dikatakan lebih daripada 90% perniagaan yang dimulakan mengalami kegagalan.

Berikut adalah sebab-sebab kegagalan perniagaan. Pastikan anda menjauhinya!

1: Tiada matlamat yang jelas apa yang ingin dicapai oleh perniagaan yang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 1 tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 3 tahundari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 5 tahundari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda 10 tahun darisekarang? Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan.Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya dan motivasi untuk berkembang.

2: Tidak mengutamakan pelanggan kerana pelanggan merupakan aset utama apa sahaja perniagaan. Utamakan pelanggan oleh kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untuk memenuhi keperluan pelanggan. Ianya sering dikatakan dalam buku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!

3: Tidak usahakan jualan Keuntungan perniagaan datangnya dari jualan. Amat jarang sekalisesuatu jualan akan datang dengan sendiri. Usahawan perlumengusahakan untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskan untuk mendapat jualan demi jualan oleh kerana tanpa jualan, tiada keuntungan!

4: Tidak sabar Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera.Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktu panjang dan bukan meraih keuntungan maksima pada jangka waktu singkat.

5: Gagal meletakkan prioritiIanya dikatakan, 20% daripada usaha akan menghasilkan 80% daripadapulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkanprioriti adalah memberi fokus kepad 80% usaha perniagaan yang hanyamemberi 20% daripada pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yangtidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supayatenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20% yangmemberi keuntungan 80%.

6: Melakukan sesuatu di luar bidang Sebaiknya, jalankan perniagaan di mana letaknya kekuatan anda. Memulakan perniagaan yang bukan dalam kekuatan anda hanya akan mengurangkan motivasi anda.

7: Tidak mempunyai daya saingan pada produk atau perkhidmatan Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatuperniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat berbandingdengan pesaing dari segi lebih baik, atau lebih murah, atau lebih pantas dari pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan anda dengan pesaing, ianya hanya akan menenggelamkan perniagaan anda.

8: Produk tidak memenuhi keperluan pelanggan Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakan perniagaan. Namun, dengan mempunyai produk sahaja, tidak mencukupi. Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keperluan pelanggan.Mungkin anda ingin jual bahan kosmetik untuk memutihkan kulit,tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, ianyamenyebabkan kulit berminyak di wajah pengguna pula. Maka, produk tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.

9: Produk dan perkhidmatan pelanggan yang tidak berkualiti Zaman ini, pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatanpelanggan. Oleh kerana persaingan semakin tinggi, terdapatberbagai-bagai pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan. Produk dan perkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.

10: Gagal mengenalpasti pelangganSiapakah bakal pelanggan anda? Dimana komuniti bakal pelanggananda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimanacaranya anda boleh mencapai bakal pelanggan anda? Strategiperniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran anda (niche market).Dengan menetapkan tumpuan pasaran anda, ianya adalah lebih mudah mengenalpasti pelanggan anda untuk melakukan sebarang jualan.

11: Lemah dalam urusan kewangan fahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksiperniagaan diambil kira dan walaupun bunyinya mudah, namun, terlalubanyak perniagaan membelanja lebih daripada apa yang diterima.Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlu mengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risiko yang telah diselidik.

12: Gagal mengikut trend semasa dan pasaran trend dan pasaran berubah mengikut masa. Satu ketika dulu, walkmanmenjadi pilihan utama muda mudi berhibur, kini trend sudah berubah menjadi pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa dan pasaran supaya perniagaan sering dikemas kini mengikut arus zaman.

13: Perbelanjaan overhed yang tinggi Seringkali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan.Pastikan kos overhed adalah pada minimum. Kos overhed termasuk koselektrik, kos pekerja, kos premis, kos air, kos Internet dansebagainya. Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan.Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan, maka, keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000 hanya untuk mendapat keuntungan.

14: Tiada perancangan perniagaan Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal. Sediakan pelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan anda.Aturkan strategi pemasaran dalam mendapat pelanggan yang ramai.Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi kerana perancangan perniagaan yang lengkap.

15: Perancangan tanpa tindakan Perancangan hanyalah langkah pertama. Perancangan tanpa tindakan susulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang,diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakantidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajar anda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang palingbaik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri anda mempelajari dari kesilapan.

16. Gagal berhubung dengan pekerja Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpa mengagihkan kerja kepada pihak lain. Fahami kehendak dan keperluan pekerja oleh kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaan anda. Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasi kepada pekerja untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukan perniagaan anda.

Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan,ianya dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan. Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya sekiranya rezekiperniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan, gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya. Teruskan usaha oleh kerana kejayaan sering dijumpa di sebalik kegagalan!

Tuesday, January 5, 2010

10 Faedah membaca


1. Mengusir was-was, cemas, dan kesedihan

2. Menghindarkan dari hal-hal bathil

3. Menghindarkan dari berhubungan dengan orang-orang yang tidak memiliki aktiviti

4. Melatih lidah untuk berbicara lebih baik

5. Mencerahkan pikiran dan membersihkan hati

6. Meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan daya ingat

7. Mendapat pengalaman dan berkongsi kebijakan orang lain

8. Mematangkan kemampuan mencari dan memproses pengetahuan

9. Menambah keimanan

10. Memanfaatkan waktu agar tidak terbuang

bisnes hanya untuk orang tahan mental

Berniaga banyak cabaran
Di sinilah kita akan rasa apa erti cekal dan tabah
Setiap apa yg terjadi dlm perniagaan adalah risiko
Kalau tak risiko rugi , muflis , org dengki pun risiko juga.
Kerana itu ketahanan mental harus wajib bagi yg menceburi perniagaan
Dari mana kita bermula bukan pengukur sebuah kejayaan tetapi langkah pertama utk menjadi org yg berjaya….inilah permulaan gelanggang…

Cabaran demi cabaran ,dugaan demi dugaan , ada suka ada pahit ada manis ada juga masamnya..inlah business…sinilah erti sebuah kehidupan.

Ya!!!!..bisnes hanya utk orang tahan mental…

Tahan dgn cabaran, halangan, sifat manusia, tahan dari tidak sabar, tahan emosi, tahan stress, tahan kutukan, tahan umpatan, tahan hati, tahan telinga, tahan ungkitan , tahan sakit, tahan penat dan seumpama pelbagai maksud tahan dlm kehidupan org bisnes.

Motivasi cuma satu iaitu terima dan perbaiki diri seadanya dan usah terlalu di layan sifat org sekeliling yg cuba menjatuhkan kita…kerana setiap apa yg kita lakukan di dunia ini adalah qada dan qadar daripada Allah…semuanya sudah tersurat utk kita di bentuk jadi apa.

Untuk berjaya dalam apa jua bidang jangan ada malu untuk melakukan , tidak akan berjaya seseorang jika tidak lari dari sikap membelakangkan diri..pesanan buat teman-teman hargailah potensi setiap diri kerana jika potensi itu di serlahkan barulah kita tahu siapa kita yang sebenarnya....tanamkan niat di sanubari untuk menjadi orang bisnes untuk menjadi usahawan berjaya..kita mampu untuk melakukanya.

alhamdulillah

bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum..
syukur ke hadrat ilahi kerana memberi banyak nikmat untuk ku yang bergelar suri dayang dalam mewarnai corak-corak kehidupan di alam ini. Saban hari rasanya hanya sering mencipta dosa, lalai dan alpa kepada yang ESA tapi Allah masih sudi memberi nikmat kepada hamba yang kerdil ini...terima kasih ya ALLAH atas petunjuk mu kepada aku hamba mu yang lalai dari bersyukur atas nikmat MU.
jiwa penulisan serta kegatalan bait2 jari dalam menyuarakan suara hati kini bakal tercipta di blog suri dayang ini. semoga blog ini akan menjadi wadah penyambung ikatan sillaturrahim sesama kita di laman maya ini.
Salam perkenalan salam pembukaan salam menjalin ikatan sebagai teman berbual bicara teman memberi pendapat..assalamualaikum dari ku Cik Suri Dayang.